Share this content on Facebook!
20 Nov 2009

PENGENALAN         

Belakangan ini, masalah disiplin pelajar semakin membimbangkan dan sering diperkatakan oleh masyarakat. Walaupun pelbagai bentuk program pengurusan disiplin pelajar telah dilaksanakan namun kemorosotan disiplin dalam kalangan pelajar terus diperkatakan dan implikasinya sering menjadi isu hangat di dada akhbar. Rogers (2004) menyatakan bahawa keadaan ini amat membimbangkan guru-guru pada masa kini. Tingkah laku pelajar kadangkala menggugat kesabaran guru yang membawa kepada guru tidak dapat mengawal emosi dan bertindak mengikut kehendak masing-masing. Hal ini menimbulkan pelbagai masalah sampingan seperti guru diserang, ditumbuk, didakwa di mahkamah dan sebagainya. Perkara seperti ini telah menjatuhkan imej profesion perguruan di mata masyarakat (Khalim Zainal, et.al 2007).

 

Pada 7 April 2004, polis telah menyenaraihitamkan 200 buah sekolah berikutan penglibatan 100,000 murid yang terlibat dengan pelbagai kes disiplin termasuk jenayah. Sekolah-sekolah ini terdiri daripada pelbagai aliran termasuk sekolah rendah, menengah, sekolah berasrama penuh, sekolah agama, dan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). Murid-murid yang terlibat dengan kesalahan termasuk jenayah serius seperti gengsterisme, buli, peras ugut, memukul pelajar dan meminta wang pertaruhan.

 

Noran Fauziah (2004), menyatakan bilik darjah tidak lagi selamat kepadaa pelajar. Kajian beliau menunjukkan salah satu salah laku disiplin yang kerap berlaku di sekolah ialah kegiatan membuli. Dapatan beliau menunjukkan 95.8% pelajar sekolah menengah dan 82.7% pelajar sekolah rendah membuli seara psikologi manakala 65.3 pelajar sekolah menengah dan 56% pelajar sekolah rendah telah membuli secara fizikal.

 

Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) telah membuat kajian tentang masalah disiplin di kalangan pelajar di Malaysia. Hasilnya, didapati masalah ponteng 30375 pelajar, kurang sopan melibatkan 16781 dan jenayah melibatkan 10463 pelajar. Ini merupakan tiga jenis salah laku yang sering dilakukan oleh pelajar. Khalim Zainal, et.al (2007) menyatakan angka-angka tersebut menimbulkan perasaan gerun tentang nasib yang akan menimpa negara kerana bakal pemimpin negara berada dalam kelompok pelajar-pelajar ini.

 

Menurut Noh Omar (2006), 1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar sekolah di negara ini terbabit dengan masalah disiplin, 90 peratus daripada 27,412 pelajar yang menjalani ujian air kencing didapati positif dadah dengan kebanyakan mereka mengambil ganja. Pada tahun 2004, 187 daripada 23,219 pelajar menjalani ujian yang sama disahkan positif dadah. 

 

Rentetan daripada masalah ini, pada tahun 2001 Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan  satu kaedah pengurusan disiplin yang menggunakan mata penalti bagi setiap kesalahan pelajar. Kaedah ini dikenali sebagai ‘Program Sistem Penalti’ atau PSP. Di samping menggunakan mata penalti, bentuk tindakan lain ialah seperti memberi amaran, membuat kerja khidmat sosial, menghubungi ibu bapa/penjaga, merotan, menandatangani surat perjanjian, memberi kaunseling dan alternatif yang terakhir ialah buang sekolah. Kaedah ini diperkenalkan untuk menggantikan pengurusan disiplin konvensional yang dilaksanakan sebelumnya. Namun demikian kajian yang dilakukan oleh Khalim Zainal, et.al 2007  mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan bagi persepsi pelajar dalam kesan pengurusan disiplin bilik darjah secara umum antara sekolah yang mengikuti PSP dengan yang mengikuti PDK [t(712)=-0.089,p>0.05].

 

Perkara yang membimbangkan tentang kemerosotan disiplin pelajar ialah berhubung dengan keruntuhan akhlak pelajar yang melakukan pelbagai salah laku seperti membuli, berkhalwat, penyalahgunaan dadah, melepak, ponteng, berjudi, peras ugut, bergaduh, merokok, gengsterisme, vandalisme dan sebagainya. Hakikat yang sukar diterima ialah semakin berkembangnya ilmu pengetahuan, semakin luas pula keruntuhan akhlak dalam  kalangan pelajar sekolah di negara kita.

 

 

PERNYATAAN MASALAH 

Kemorosotan disiplin dalam kalangan pelajar telah mengundang pelbagai masalah sampingan terutamanya kepada guru-guru sekolah. Pihak sekolah pula sedaya upaya cuba mengawal disiplin pelajar dengan melaksanakan pelbagai bentuk program pengurusan disiplin pelajar.

 

Khalim Zainal, et.al 2007  mengatakan bahawa penggunaan dendaan mampu mengawal tingkah laku tidak berdisiplin. Pendapat ini selaras dengan Teori Tingkal Laku oleh Skinner (1979) yang menegaskan penggunaan dendaan untuk membentuk tingkah laku. Begitu juga dengan Model Disiplin Asertif oleh Canter (1976) yang menggabungkan penggunaan peneguhan dan dendaan dalam membentuk tingkah laku pelajar agar lebih berdisiplin dalam bilik darjah.

 

Namun demikian, sesetengah sekolah masih melaksanakan pengurusan disiplin pelajar secara konvensional terutamanya sekolah swasta. Walaupun penggunaan sistem penalti telah diperkenalkan, tetapi sistem ini tidak dipraktikkan sepenuhnya di sekolah. Perkara ini berlaku kerana campur tangan daripada pihak ibu bapa pelajar sehingga sanggup membawa sesuatu kes ke mahkamah. Ini menyebabkan pihak sekolah sangat tertekan dan akhirnya kembali kepada sistem pengurusan disiplin konvensional dengan pengubahsuaian terhadap dendaan yang melibatkan kesan fizikal. Dalam sesetengah kes, pihak sekolah khususnya pengetua tidak berani melaksanakah hukuman terhadap pelajarnya yang melakukan kesalahan kerana takut dengan tindakan ibu bapa pelajar.

 

Menurut sumber maklumat daripada Kementerian Penerangan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah banyak berusaha melaksanakan program-program yang dapat membantu dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Sebanyak lapan jenis program pembangunan sahsiah dan disiplin murid dilaksanakan di peringkat sekolah sepanjang tahun 2005. Namun  demikian, usaha-usaha yang dilakukan ini belum terbukti kemampuannya dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Perkara ini terutamanya berlaku di sekolah-sekolah swasta yang selalunya lambat melaksanakan sebarang program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran. Oleh itu, kajian-kajian yang terperinci perlu dilakukan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia supaya pelaksanaan setiap program tersebut dapat dibuktikan keberkesanannya.  

 

Berdasarkan pernyataan tersebut, maka pengkaji akan menkaji keberkesanan hukuman merotan dalam membentuk disiplin pelajar di salah sebuah sekolah swasta. Disiplin pelajar diukur melalui rekod kesalahan disiplin dan bentuk hukuman yang diberikan oleh pihak sekolah.  Setiap kesalahan akan diberikan kod skor berdasarkan jenis dan kekerapan. Persoalannya;

 

a.     Adakah hukuman merotan memberi kesan kepada pembentukan disiplin pelajar?

b.     Adakah hukuman merotan memberi kesan kepada persepsi pelajar terhadap pembentukan disiplin?

c.     Adakah wujud hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar dengan pembentukan disiplin pelajar?

 

 

TUJUAN KAJIAN 

Kajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa objektif.

 

Tujuan Umum

Secara umum objektif kajian ini ialah untuk melihat kesan hukuman merotan terhadap pembentukan disiplin pelajar.

 

Tujuan Khusus

Secara khusus, kajian ini dijalankan untuk;

 

a.     Mengkaji perbezaan skor salah laku pelajar sebelum dan selepas hukuman merotan dilaksanakan

b.     Mengkaji perbezaan skor persepsi pelajar terhadap pembentukan disiplin sebelum dan selepas hukuman merotan dilaksanakan.

c.     Melihat hubungan antara persepsi pelajar dengan pembentukan disiplin pelajar.

 

 

KESIGNIFIKANAN KAJIAN 

Kajian ini penting untuk mengetahui kesan hukuman merotan terhadap membentuk disiplin pelajar. Diharapkan dapatan kajian ini dapat:-

 

Pihak Sekolah

Membantu pihak sekolah dalam memilih bentuk hukuman terhadap pelajar yang melakukan kesalahan. Pemilihan hukuman yang tepat akan memberikan kesan yang baik dalam usaha untuk membentuk disiplin pelajar. Hasil dapatan kajian ini juga membantu pengetua, guru disiplin, dan guru-guru sekolah untuk merancang dan mengambil langkah-langkah yang wajar dalam menangani disiplin dalam kalangan pelajar.

         

Pelajar

Mematuhi peraturan yang telah digariskan oleh pihak sekolah dan seterusnya membentuk disiplin diri yang baik.

 

Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah

Menyediakan maklumat dan bukti kajian yang dapat membantu Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu dalam merancang, memberi keputuisan dan mengambil tindakan dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Dapatan kajian boleh dijadikan sebagai rujukan dalam membuat garis panduan serta mengkaji semula peraturan yang aedia ada tentang masalah-masalah disiplin yang wujud di sekolah.

 

 

KESIMPULAN            

Penggunaan hukuman merotan sebagai dendaan kepada kesalahan disiplin yang dilakukan oleh pelajar diharapkan dapat mengubah disiplin pelajar. Perubahan disipiln pelajar dinilai melalui perubahan kekerapan pengulangan kesalahan didiplin. Perubahan disiplin ini juga dikaitkan dengan melihat perubahan persepsi pelajar terhadap kesan hukuman merotan. Dengan mengaitkan kedua-dua pembolehubah tersebut, dakwaan terhadap kesan merotan dalam mengubah disiplin pelajar akan terbukti dengan lebih kukuh.

 

 

 

 



Comments

Shasha | 2 years 5 months ago
bleh highlight isi penting x?
saya ni nk cepat buat kerja. so saya hanya nk cari isi penting. tolong highlight. saya akan buka semula dlm 2 hari lagi mengharapkan dah di highlight.

farhah anati | 2 years 3 months ago
boleh tolong saya.saya ada latihin.guru saya munyuruh saya,mencari definisi,kesan,keburukan dan maksud SALAH LAKU REMAJA.boleh tolong saya?

angry bird | 1 year 6 months ago
suck

WONGROP | 1 year 6 months ago
DOP FUCK

WONGTAN SIANG YEE | 1 year 6 months ago
FUCK AND SUCK JI BAI SUCK YOU ASSHOLE

fana | 9 months 15 days ago
mohon share..terima kasih


New Comment

Full Name:
E-Mail Address:
Your website (if exists):
Your Comment:
Security code: